MB: Naik taraf sistem saliran SK Hulu Kelang dijangka siap Oktober | Selangorkini


MB: Naik taraf sistem saliran SK Hulu Kelang dijangka siap Oktober

OLEH NAZLI IBRAHIM

AMPANG, 11 OKT: Banjir kilat menghantui warga pendidik dan pelajar Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang dijangka berakhir apabila projek menaiktaraf sistem saliran dengan peruntukan RM5.4 juta siap pada Oktober nanti.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, projek yang dimulakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor pada November tahun lalu itu melibatkan empat kerja utama.


“Saya juga mendengar maklum balas guru besar dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tentang keprihatinan mereka supaya keselamatan pelajar diberikan keutamaan dan menjadi pendirian Kerajaan Negeri supaya keselamatan pelajar dan guru diberikan keutamaan. Peringatan sudah diberikan kepada kontraktor dan konsultan.

“Saya yakin apabila projek ini disiapkan masalah banjir kilat di sekolah ini dan kawasan sekitar dapat diselesaikan dan saya harap dapat berikan keselesaan dan kesejahteraan kepada warga pendidik dan pelajar Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang ini,” katanya.

dsc_2201Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat tapak kerja menaiktaraf sistem saliran di sekitar kawasan Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang di sini, hari ini.

Katanya, kerja menaiktaraf itu melibatkan saliran utama sepanjang 140 meter di dalam kawasan sekolah, membina rumah pam air untuk mengepam keluar air sebelum disalurkan ke Sungai Kelang.

Ia termasuk membina tembok banjir sepanjang 350 meter di sempadan sekolah untuk menghalang limpahan air Sungai Kelang memasuki kawasan sekolah.

Katanya, selain itu projek terbabit turut melibatkan kerja membina jambatan pejalan kaki merentasi Sungai Kelang yang menghubungkan Sekolah Kebangsaan dengan sekolah menengah yang terletak di seberang sungai.

“Saya bertemu dengan konsultan dan kontraktor dan memberi penegasan kepada mereka bahawa kerja ini mesti diselesaikan mengikut jadual,” katanya.

=EZY=

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next