Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Rakyat sihat mampu bantu kemajuan ekonomi

OLEH AFIX REDZUAN

SELAYANG, 24 JAN: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyempurnakan Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Skim Peduli Sihat sebagai inisiatif membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan perkhidmatan perlindungan kesihatan asas.

Mohamed Azmin berkata, rakyat di Selangor akan mendapat rawatan kesihatan asas secara percuma yang dibiayaai Kerajaan Negeri, bermula tahun ini.

Katanya, Kerajaan Negeri komited memastikan rakyat sentiasa berada dalam keadaan sihat kerana ia mampu meningkatkan produktiviti negara dan negeri.

Peduli Sihat“Kita mahu rakyat sihat dan cerdas. Kita mahu menambah akses rakyat mendapatkan perkhidmatan rawatan yang berkualiti.

“Jika rakyat sakit, produktiviti menurun dan akhirnya ekonomi akan tenat,” katanya ketika menyampaikan ucaptama majlis pelancaran di Pejabat Tanah dan Daerah Gombak, di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM125 juta untuk Skim Peduli Sihat yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu keluarga dan individu.

Lebih membanggakan, lebih 1,00 klinik swasta akan bersama dalam program terbabit sebagai panel Skim Peduli Sihat.

Katanya, pengalaman menjaga ibu yang sedang sakit selama 107 hari menguatkan azam supaya rakyat terus berada dalam keadaan sihat.

“Rakyat di Malaysia diancam dengan penyakit berjangkit seperti sakit jantung, pernafasan dan angin ahmar. 73 peratus kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit tidak berjangkit dengan jantung dan angin ahmar menduduki tannga teratas,” katanya.

Menerusi statistik Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) Malaysia mencatatkan perbelanjaan kesihatan berkapita hanya 4.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding Cuba dan Brazil.

Pada majlis sama, Mohamed Azmin turut menyampaikan kad Peduli Sihat kepada peserta yang mendaftar di bawah program ini.

-NFN-


Pengarang :