MB: Takziah, pemergian Adenan kehilangan besar negara dan Sarawak | Selangorkini


MB: Takziah, pemergian Adenan kehilangan besar negara dan Sarawak

OLEH NAZLI IBRAHIM

AMPANG, 11 JAN: Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan pemergian Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem,72, yang meninggal dunia pada tengah hari tadi sebagai kehilangan besar buat negara dan Sarawak khususnya.

“Bagi pihak saya sendiri dan Kerajaan Negeri, saya ingin rakamkan ucapan takziah kepada keluarga almarhum Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang dilaporkan menghembuskan nafas terakhir hari ini.


“Saya mendoakan almarhum dianugerahkan oleh Allah SWT husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik dan mudah-mudahan roh beliau ditempatkan di dalam syurga yang penuh dengan nikmat Allah,” kata Mohamed Azmin.

Beliau menyampaikan ucapan takziah itu selepas mengadakan lawatan ke tapak projek menaiktaraf sistem saliran di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang, di sini, hari ini.

Katanya, Adenan merupakan seorang pemimpin yang banyak menyumbang khidmat dan baktinya kepada negeri dan rakyat Sarawak khususnya.

Beliau juga mendoakan semoga keluarga Adenan tabah menghadapi ujian Allah ini.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next