McD Singapura tetapkan kek dibawa masuk halal | Selangorkini


McD Singapura tetapkan kek dibawa masuk halal

SINGAPURA 7 JAN: Portal berita Channel News Asia melaporkan rangkaian restoran makanan segera McDonald’s di Singapura menetapkan peraturan semua kek hari lahir dibawa masuk pelanggannya ke premis itu perlu memiliki pengiktirafan halal.

Pengarah Hubungan Kerajaan dan Komunikasi McDonald’s Singapura, Faz Hussen, berkata peraturan itu dilaksanakan sejak 1992, ketika semua restoran McDonald’s di republik itu menerima pensijilan halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

“Sebagai restoran halal, kami perlu patuh pada peraturan MUIS bagi memastikan makanan yang kami hidang berstatus halal dan sesuai dimakan oleh orang Islam.


“Ini termasuk peraturan dalam penyediaan makanan, kaedah menyimpan bahan, dan memastikan makanan yang dihidang tidak bercampur dengan makanan tidak halal,” katanya.

Tambahnya, peraturan itu dihebahkan kepada pelanggan mereka melalui laman web, dan menjadi topik pertanyaan utama di segmen maklumatnya.

Notis makluman restoran makanan segera itu juga memberitahu, ia menyediakan kek-kek untuk sambutan hari lahir dalam pakej sambutan hari lahir bagi memudahkan pelanggan mereka.

McDonald’s selama ini tidak membenarkan makanan luar dibawa masuk ke dalam premis mereka oleh pelanggan, kecuali kek hari lahir.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next