Selangorkini
PBT SELANGOR

MPK: Tiada tindakan tatatertib jika didakwa di mahkamah

OLEH AFIX REDZUAN

KLANG, 25 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak akan mengenakan tindakan tatatertib terhadap penguatkuasa yang bertanggungjawab terhadap insiden bunga api pada sambutan ambang tahun baru 1 Januari lalu jika beliau sudah didakwa di mahkamah.

Yang Dipertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata pihaknya kini memberikan keutamaan kepada polis untuk tindakan lanjut kerana seseorang yang disabitkan itu tidak boleh dikenakan pendakwaan bertindih.

“Untuk mengambil tindakan tatatertib oleh MPK dengan syarat polis tidak mengenakan pendakwaan.

“Kalau dalam siasatan polis mengatakan tidak diambil sebarang tindakan kemudian kita akan teruskan dengan tindakan tatatertib,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sesi sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPK BIL.1/2017 di Hotel Aliya.

Menurutnya, MPK masih menunggu hasil laporan penuh siasatan Polis sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Kerajaan Negeri sebelum ini memutuskan supaya MPK mengambil tindakan sewajarnya kepada penguatkuasa bertanggungjawab selepas meneliti laporan penuh siasatan yang dikemukakan berhubung insiden itu.

Dalam kejadian jam 12.05 tengah malam itu, 14 cedera termasuk kanak-kanak apabila bunga api dipasang bagi meraikan kedatangan tahun baru menuju ke arah penonton dan meletup.

Pertunjukan bunga api itu diadakan sempena Fiesta Gegar Klang 2016 anjuran MPK yang berlangsung dari 30 Disember sehingga 1 Januari.

=EZY=


Pengarang :

Related posts

‘Komuniti jalan kaki’ pupuk gaya hidup sihat

Mohd Naeem Mohamad Raffi

Adinda Sultan Selangor Mangkat

admin

Pengundi Gombak Akan Tolak Politik Kotor

Zharif Zulkiffeli