Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

MPS ibarat buang duit ke tong sampah

OLEH LIZAWATI MADFA

SELAYANG, 23 JAN: Penduduk Selayang digesa untuk mengurus sampah dengan lebih sistematik dan efisien bersama Majlis Perbandaran Selayang (MPS)

Yang DiPertuanya, Suliman Abdul Rahman berkata, kerjasama penduduk diyakini mampu menjimatkan perbelanjaan mengurus sampah yang tinggi.

Katanya, penjimatan itu sekali gus boleh dibelanjakan untuk pembangunan seperti membina atau membaik pulih kemudahan dan infrastruktur asas.

selayang01“MPS membelanjakan 48 peratus daripada pendapatan diperolehi untuk mengurus sampah yang kita gagal urus dengan baik di peringkat domestik lagi.

“Jika kita bersama menjaga kebersihan, urus dengan baik, maka duit itu kita boleh pulangkan balik kepada masyarakat dalam pelbagai bentuk yang lebih bermanfaat.

“Malangnya, sikap kita seolah-olah menuntut 48 peratus hasil itu dibuang sia-sia ke longkang, parit dan sungai,” katanya pada Majlis Kesyukuran penyelesaian Isu Alihan Tapak dan Jajaran Tiang TNB, di sini, baru-baru ini.

Suliman berkata, sikap negatif masyarakat memberi kesan kepada aliran perbelanjaan setiap PBT.

“Jika kita naikkan cukai pintu untuk tambah hasil, tetapi sikap urus sampah tidak berubah, maka semua usaha PBT tidak berguna.

“Misalnya, kita naikkan RM10 tetapi belanja urus sampah juga tuntut jumlah sama. Jadi, bagaimana kita mahu membangun dan maju,” katanya.

-NFN-


Pengarang :

Related posts

Andik: Masanya balas jasa penyokong

Komited tingkat inovasi pelajar

Mohd Ezli Mashut

IKK cemerlang, cermin kredibiliti negeri