Selangorkini
SELANGOR

MPS roboh pembinaan haram

ccsb-ads

SHAH ALAM, 4 JAN: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengambil tindakan tegas meroboh serta memusnahkan pembinaan tanpa kelulusan di tapak Perbadanan Keretapi Tanah Melayu (KTM) berhampiran Taman Raintree, Batu Caves, baru-baru ini.

Pegawai Komunikasi Korporat MPS, Ahmad Fauzi Ishak berkata, operasi itu dijalankan melalui Jabatan Bangunan setelah pemeriksaan dan notis pertama dikeluarkan, pada 26 Julai 2016.

“Operasi ini dijalankan setelah MPS menerima aduan daripada orang awam yang memaklumkan terdapat binaan haram seperti kabin dan pondok di kawasan berkenaan.

“Notis dikeluarkan di bawah Seksyen 80, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang mewajibkan pemilik struktur mengemukakan bukti serta dokumen binaan terbabit kepada MPS,” katanya dalam kenyataan.

Fauzi berkata, tindakan perobohan dijalankan di bawah Seksyen 72, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
selepas pemilik premis gagal mematuhi syarat.

“Hasil maklumat, kita juga mendapati tanah itu milik Perbadanan Aset Keretapi (PAK) dan disewakan kepada syarikat Teraju Biru,” katanya.

Operasi terbabit diketuai Timbalan Yang Dipertua MPS, Dato’ Juhari Ahmad bersama anggota penguat kuasa dari pelbagai jabatan.

-AA-


Pengarang :