Netanyahu disoal 3 jam selepas disyaki terima hadiah | Selangorkini


Netanyahu disoal 3 jam selepas disyaki terima hadiah

JERUSALEM 3 JAN: Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu diambil keterangan oleh polis selama tiga jam di kediaman rasmi pemimpin itu selepas disyaki menerima hadiah daripada ahli perniagaan sekali gus melanggar peranan sebagai seorang penjawat awam.

Sebahagian daripada kenyataan polis yang dikeluarkan selepas keterangan diambil berkata, ‘penyiasat menyoal Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu secara berhati-hati apabila disyaki menerima hadiah.’ Tiada maklumat tambahan diberikan.

Ketika menyoal suspek secara berhati-hati, penyiasat polis percaya bahawa orang yang mereka soal mempunyai kes untuk dijawab.


Tindakan untuk menyoal pemimpin Israel itu diluluskan oleh Peguam Negara, Avichai Mandelblit yang membuat keputusan selepas siasatan awal bahawa mereka mempunyai bukti mencukupi untuk membuka siasatan jenayah.

Mandelblit mengeluarkan kenyataan panjang lebar yang tidak memperincikan perkara yang sedang disiasat tetapi berkata, maklumat yang diperlukan menerusi sesi berkenaan dibuat secara berhati-hati.

Sementara itu, sebelum disoal siasat, Netanyahu berkata di Parlimen bahawa mereka yang meramalkan kejatuhannya tidak akan melihat pemergiannya pada kadar segera.

“Tunggu sampai sambutan meraikan kejayaan, jangan terburu-buru. Saya sudah katakan sebelum ini dan saya katakan sekali lagi ia tidak akan ada apa-apa kerana memang tidak ada apa-apa,” katanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next