NSTP mohon maaf sebar fitnah terhadap Anwar | Selangorkini


NSTP mohon maaf sebar fitnah terhadap Anwar

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 JAN: Peguam mewakili The New Straits Times Press (NSTP), Ranjit Singh Dhillon memohon maaf daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana menyebarkan fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN itu.

Rundingan antara Anwar dan kesemua defendan iaitu NSTP, Ranjit dan dua individu lain selesai pada hari pertama perbicaraan kes saman fitnah itu, hari ini.


NST pula mengakui artikel itu tidak berasas, sedia menyiarkan permohonan maaf Ranjit serta akan membayar RM60,000 kepada Anwar.

anwar-nstSelain itu, defendan-defendan juga memohon maaf kepada mendiang pemimpin DAP Karpal Singh yang didakwa menerima RM50 juta daripada Anwar untuk mempengaruhi hakim-hakim.

Pernyataan maaf Ranjit akan dikeluarkan tidak lama lagi.

SelangorKini difahamkan Anwar dibawa kembali ke Penjara Seberang Perai, Jawi untuk bermalam di sana sebelum dibawa pulang ke Penjara Sungai Buloh, pagi esok.

Sebelum ini, Anwar memfailkan saman fitnah RM70 juta terhadap New Straits Times (NST) dan tiga individu itu berhubung artikel yang didakwa menggambarkannya terlibat dalam pengubahan wang haram.

Anwar memfailkan tuntutan itu berdasarkan satu artikel bertajuk “Declare your assets, if you have nothing to hide” yang disiarkan pada 6 Ogos 2013 menerusi akhbar NST edisi cetakan.

sokong-anwarTerdahulu, bekas Ketua Pembangkang itu memohon perintah mahkamah supaya defendan menyiarkan permohonan maaf dan menarik balik dakwaan dibuat selain memohon ganti rugi yang dirasakan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu, ratusan penyokong hadir di perkarangan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sejak awal pagi sebagai sokongan kepada Anwar.

-nR-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next