Obama gesa tiada diskriminasi terhadap Muslim Amerika | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Obama gesa tiada diskriminasi terhadap Muslim Amerika

AMERIKA SYARIKAT 11 JAN: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama, hari ini memberikan ucapan terakhirnya sebagai Presiden ke-44 negara itu sebelum diambil alih Donald Trump pada 20 Januari ini.

Antara intipati ucapannya adalah beliau menolak diskriminasi ke atas Muslim Amerika kerana mereka juga sama patriotik.

“Berpandangan ke hadapan, kita mesti mempertahankan undang-undang yang menolak diskriminasi dalam pekerjaan, perumahan, pendidikan dan sistem kehakiman,” kata Obama.


Obama menyatakan keyakinan bahawa Parti Demokratik bakal berkuasa semula pada masa akan datang.

Majlis itu diadakan diadakan di kampung halamannya di Chicago dengan kehadiran ribuan pada majlis perpisahan yang diadakan di Pusat Konvensyen McCormick di Chicago itu.

Kejayaan Obama ke Rumah Putih pada 2007 dan memegang jawatan itu selama dua penggal adalah hasil sokongan kuat penyokong, khususnya berketurunan Afrika-Amerika.

Yang turut hadir pada majlis berkenaan ialah isterinya, Michelle Obama serta anaknya, Malia.

Chicago adalah kampung kelahiran Michelle yang dibesarkan di Side South dan keluarganya masih mempunyai kediaman di situ.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next