Pasaran saham dunia bermula positif | Selangorkini


Pasaran saham dunia bermula positif

NEW YORK 4 JAN: Pasaran saham global bermula positif dan cemerlang semalam apabila apabila kebanyakannya naik dalam sesi pertama 2017 semalam dengan London mencecah paras tertinggi dan Dow meneruskan pendakian ke paras 20,000.

Agensi berita antarabangsa AFP melaporkan keuntungan dagangan itu dilonjakkan pengumuman data ekonomi AS dan negara Eropah yang memberangsangkan.

“Secara keseluruhan prestasi 2016 menyaksikan keyakinan tinggi terhadap saham, walaupun minggu lalu berbeza sedikit daripada prestasi pergerakan keseluruhan tahun,” kata Pengurus Portfolio Republic Wealth Advisors, David Levy.


FTSE rali selepas tinjauan data pengilangan UK mencecah paras tertinggi untuk tempoh 30-bulan pada Disember.

Bacaan yang sama diperoleh daripada Institut Pengurusan Bekalan AS, yang mencatatkan lonjakan aktiviti pengilangan untuk bulan keempat berturut-turut berdasarkan tinjauan pengurusan pembelian.

“Data global kini selari dengan semuanya menunjukkan berita baik yang akan memberi rangsangan kepada kekuatan yang sudah lama tidak dilihat sebelum ini,” kata Pakar Ekonomi IHS Global Insight AS, Michael Montgomery.

Data di Jerman dan Perancis turut menunjukkan kadar inflasi yang lebih tinggi bagi kedua-dua negara.

London naik 0.5 peratus ke paras tertinggi baharu kepada 7,177.89.

Dow naik 0.6 peratus kepada 19,881.76.

Paris naik 0.4 peratus dan Frankfurt turun 0.1 peratus.

Tokyo masih ditutup, semalam.

=EZY=

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next