Pembangunan Wanita Selangor 2017 terus inklusif, amal prinsip kesamarataan jantina | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Pembangunan Wanita Selangor 2017 terus inklusif, amal prinsip kesamarataan jantina

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 2 JAN: Pembangunan Wanita khususnya di Selangor kekal inklusif dan holistik dalam mengharungi cabaran mendatang dengan memperkaya nilai kemanusiaan serta mencipta persekitaran kehidupan berdaya saing.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Haniza Talha berkata, perancangan tersebut dizahirkan Kerajaan Negeri untuk tempoh 2017 ke arah memastikan golongan itu terus mendapat manfaat berpanjangan.


“Pada masa ini, keperluan pembangunan modal insan dan penguasaan ilmu menjadi mekanisme terpenting menjamin kelangsungan masyarakat khususnya wanita untuk menyumbang ke arah kesejahteraan

“Pemberdayaan wanita sebagai aset pembangunan manusiawi negara tidak wajar sekadar dinukil di dalam dasar dan polisi kerajaan semata-mata.

“Sebaliknya ianya harus diterjemah melalui perlaksanaan secara konsisten dan komprehensif,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, tumpuan tersebut dibuktikan menerusi komitmen pentadbiran Selangor yang mengamalkan prinsip kesamarataan tanpa mengambil kira perbezaan jantina.

“Hal ini diterjemahkan dengan perlantikan dua orang wanita sebagai Hakim Mahkamah Syariah sekaligus menjadikan negeri pertama yang berbuat demikian.

“Begitu juga dengan perlantikan Noraida Mohd Yusof selaku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 07 Oktober lalu,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Negeri komitmen menjayakan inisiatif dan dasar baru dalam Belanjawan 2017 yang mengangkat martabat dan institusi wanita menerusi penubuhan Institut Wanita Berdaya dengan peruntukan RM1 juta.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next