Penambahbaikan perkhidmatan air sedang dilaksanakan | Selangorkini


Penambahbaikan perkhidmatan air sedang dilaksanakan

OLEH AMIN LIN ABDULLAH

Penambahbaikan perkhidmatan air kepada pengguna merupakan salah satu objektif utama strategik penstrukturan semula industri air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selepas merealisasikan penstrukturan, Kerajaan Negeri Selangor melalui Air Selangor telah menggariskan beberapa inisiatif untuk menambahbaikkan lagi perkhidmatan air keseluruhan kepada pengguna.


Salah satu tugas utama adalah menambahbaikkan rizab bekalan air kepada 15peratus sehingga 20peratus di bawah perancangan permintaan air jangka panjang.

Dewasa ini, margin rizab bekalan air secara purata adalah 4 peratus dan kadar penggunaan permintaan meningkat pada kadar purata 2.6 peratus setahun.

Permintaan air di Selangor telah mencatatkan peningkatan akibat pembangunan pesat, terutama sekali Selangor dan Kuala Lumpur. Pada hujung November 2016, purata pengeluaran air mencatatkan 4,817 juta liter sehari (JLH), manakala pengeluaran maksimum kapasiti 32 buah loji rawatan air (LRA) Air Selangor adalah 5,0127 JLH.

Ini boleh ditafsirkan kepada margin rizab 4peratus yang Air Selangor perlu kekalkan sehingga LRA baharu mula beroperasi, ia itu LRA baharu Semenyih 2 dan Labohan Dagang.

lra-semenyihKerajaan Negeri Selangor telah membangunkan dua LRA pada tahun 2016 dengan kos berjumlah RM800 juta. LRA baharu ini dijangka akan menghasilkan bekalan air tambahan sebanyak 300 JLH apabila Semenyih 2 (100 JLH) dan Labohan Dagang (200 JLH) masing-masing beroperasi pada 2017 dan 2018. Selain daripada sumber air baharu, Air Selangor akan memulihkan 90 buah kolam takungan yang bocor mulai 2017.

Usaha-usaha lain untuk menangani kekurangan air dan memenuhi permintaan air semasa dan akan datang, termasuk pengurangan Air Tidak Berhasil, program penggantian paip air lama dan pelaksanaan program penjimatan air.

Pada tahun 2016, Air Selangor telah memperuntukkan 227 jawatan sepenuh masa untuk melaksanakan pengawalan kebocoran aktif sebagai salah satu inisiatif strategik utama korporat untuk mengurangkan Air Tidak Berhasil.

Kerajaan Negeri melalui Air Selangor telah mengenal pasti paip-paip air lama di 84 kawasan yang amat memerlukan penggantian segera demi mengurangkan insiden paip bocor atau pecah di Selangor dan Kuala Lumpur.

Program penggantian paip sedang dilaksanakan secara berperingkat sejakJulai 2016 sehingga 2019 dengan kos keseluruhan berjumlah RM375 juta.

Sejak Julai 2016, 59.5 kilometer paip lama sedang diganti di 12 kawasan di Taman Melawati, Gombak Setia, Taman Sri Gombak, Brickfields, Kg. Cheras Baharu, Bandar Tun Razak, Jalan Meru, Persiaran Kayangan – Shah Alam, Kg. Tasik Permai, Bandar Rinching Seksyen 2, CountryHeights Kajang dan Bandar Rinching Seksyen 5.

Dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri, 85 kilometer paip lama akan diganti di 11 lagi kawasan di Seksyen 17 Petaling Jaya, Kg. Sungai Kayu Ara, Taman Cempaka, Bangsar, Kebun Baharu-Shah Alam, Batu 9 Kebun Baharu, Bukit Changgang, Seksyen 5-Bukit Gasing, Kg, Baharu Subang, Taman Putra Perdana Puchong dan Kg. Asam Kumbang-Kuala Kubu Baharu. Baki 61 kawasan meliputi 291 kilometer paip lama akan diganti dari 2017 sehingga 2019.

Pelancaran projek penggantian Paip Air Lama di Selangor, KL dan Putrajaya 2016 - MB Azmin (ASRI) (6)Satu lagi inisiatif adalah menangani pengguna air yang membimbangkan di kalangan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Air Selangor sedang menubuhkan Unit Pemuliharaan Air untuk melaksanakan program Pemuliharaan Air secara berterusan, yang merupakan operator air pertama melaksanakannya di negara ini.

Merujuk kepada Panduan Industri Air Malaysia 2016, Selangor mencatatkan penggunaan air per kapita sehari pada tahun 2015 sebanyak 234 liter, peningkatan sebanyak 1.3 peratus daripada 2014.

Berpandu kepada pertumbuhan yang sama, penggunaan air per kapita sehari pada 2016 dijangka akan mencapai 237 liter.

Pada tahun 2015, penggunaan air purata sehari rakyat Malaysia adalah 209 liter, ia itu lebih kurang 27peratus lebih tinggi daripada penggunaan air 165 liter sehari, yang disyorkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO).

Ini adalah setara dengan 418 setengah liter botol air per kapita setiap hari. Selanjutnya, hanya 4peratus air minum yang diguna setiap hari digunakan untuk minum. Hampir satu pertiga air digunakan di rumah betul-betul dibuang ke dalam tandas.

Strategi untuk cadangan Program Pemuliharaan Air akan tertumpu kepada aktiviti-aktiviti berikut :

i. Kesedaran Pendidikan: Pasukan bertindak Air Selangor akan mempelopori program kesedaran dan pendidikan penting berterusan padapemuliharaan air untuk kemapanan jangka panjang sumber air dan bekalan air.

ii. Pemasangan kelengkapan dan perkakasan efisien: Memperkenalkan dan membantu pemasangan kelengkapan dan perkakasan air yang biasa digunakan untuk mengurangkan penggunaan air dan mengawal penggunaan air secara berlebihan.

iii. Perubahan Perundangan: Bekerjasama dengan agensi kerajaan yang berkaitan untuk memperkenalkan produk air efisien untuk pembangunan baharu, program insentif untuk pemasangan produk air efisien serta surcaj tarif untuk penggunaan air tinggi.

Air Selangor mengunjurkan pengurangan penggunaan air sebayak 10 liter per kapita sehari melalui program Pemuliharaan Air berterusan.

Program Pemuliharaan Air akan merangkumi teknik meluas untuk mencapai matlamat. Selain daripada pemuliharaan air, program dijangka akan menghasilkan manfaat alam sekitar, pengurangan penggunaan tenaga dan perlindungan habitat akuatik.

Rangka kerja skop kerja luasmeliputi kajian jejak air untuk mengukur corak penggunaan air, membangunkan penanda aras penggunaan air untuk jenis premis domestik berbeza dan menganalisis corak penggunaan air untuk mengenal pasti peluang penjimatan.

Margin rizab keseluruhan diunjurkan akan bertambah baik ke lebih 15 peratus apabila LRA Semenyih 2, Labohan Dagang dan Langat 2 dengan jumlah kapasiti pengeluaran 1,430 JLH mula beroperasi dari hujung tahun 2017 ke hujung tahun 2019.

* Amin Lin Abdullah adalah Ketua Jabatan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next