Selangorkini
KENYATAAN MEDIA

Pengeluaran air terawat LRA Sungai Langat pulih

Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Langat telah beroperasi semula seperti sediakala pada am 11.30 malam semalam (17 Januari 2017). Pengeluaran air terawat terjejas pada hari Ahad (15 Januari 2017) akibat kekeruhan air Sungai Langat yang membekalkan air mentah ke LRA Sungai Langat.

Bekalan air ke kawasan-kawasan di Kuala Lumpur dan Hulu Langat sedang pulih secara berperingkat.

Kebanyakan kawasan yang terjejas telah menerima bekalan air seperti biasa kecuali premis yang berada di kawasan tinggi dan di hujung sistem agihan.

Segala usaha sedang dilaksanakan untuk mempercepatkan pemulihan bekalan air ke semua kawasan yang terlibat.

Penghantaran bekalan air bantuan dengan lori tangki air masih diteruskan.
Pengguna boleh memohon bekalan air bantuan dengan menghantar SMS ke 15300 (Taip: Tanker<jarak>Nama & Alamat).

Pengguna adalah dinasihati supaya menggunakan air secara berhemat semasa pemulihan untuk mencepatkan paras air kolam takungan di kawasan masing-masing mencapai paras optimum.

Sila rujukwww.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas”, Facebook“Air Selangor” atau Twitter “air_selangor” untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status pemulihan ini.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Dikeluarkan oleh: Amin Lin Abdullah, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Kumpulan Air Selangor


Pengarang :