Persimpangan bertingkat Kuang dibuka | Selangorkini


Persimpangan bertingkat Kuang dibuka

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 10 JAN: Laluan keluar masuk di Persimpangan Bertingkat Kuang mula dibuka untuk kegunaan awam.

Perasmian pembukaan persimpangan berkenaan disempurnakan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, semalam.


Hadir sama, Pengarah Eksekutif Gamuda Land, Datuk Abdul Sahak Safi; Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ismail Md Salleh dan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datuk Seri Dr Roslan Md.

Persimpangan laluan itu terletak di antara tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

Memetik media perdana, laluan itu dijangka mampu mengurangkan jarak dan waktu perjalanan dari Kuala Lumpur sebanyak 10 kilometer atau 15 minit.

Laluan lebih tiga kilometer itu juga menyediakan sambungan terus ke Gamuda Gardens iaitu kawasan pembangunan baru Gamuda Land seluas 328 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM10 bilion.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next