Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Perutusan Dato’ Menteri Besar sempena Tahun Baru Cina

Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina terhadap semua masyarakat Cina di Malaysia. Xin Nian Kuai Le (新年快乐), Ji Nian Da Ji (鸡年大吉)!

Semoga Tahun Ayam kali ini membawa kegembiraan dan kemakmuran terhadap anda dan keluarga. Diharap ia dapat memperkukuhkan keharmonian dan hubungan antara kaum dalam negara ini, di mana kita menziarahi rumah sesama kita sebagai tanda penghormatan dalam perayaan ini.

Kehebatan kualiti yang dimiliki oleh ayam berdasarkan kebudayaan Cina ialah kejujuran, keberanian dan kecekalan menerusi fizikal dan moralnya, menjadikan ayam sebagai lambang kepemimpinan dan keinginan yang kuat.

Tahun Ayam kali ini mengingatkan kita akan kepentingan kepemimpinan yang baik dalam menentukan hala tuju dan masa depan rakyat dan negara.

Kepemimpinan yang baik hendaklah berdasarkan kepadasistem demokrasi yang berfungsi, dan bukannya yang dimanipulasi untuk kepentingan elit politik.

Saya ingin meraikan sumbangan besar kaum Cina Malaysia, terutamanya di Selangor, yang telah membina negara kita yang tercinta ini bersama kaum lain. Teguh memperjuangkan keadilan dan pembaharuan, kaum Cina Malaysia mengajar kita semua bahawa sifat sabardan tekun pastinyaakan mendapat ganjaran.

Apabila kegelapan malam mencapai kemuncaknya, ia pasti disusuli dengan dinihari. Ayam akan menyambutnya dengan keinginan untuk memperoleh keadilan, demokrasi, kebebasan dan pembaharuan yang akan membawa kepada cahaya pagi.
DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI


Pengarang :