Selangorkini
SELANGOR

PKNS cadang bina hentian bas lengkap penyaman udara

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 JAN: Sebuah hentian bas lengkap penyaman udara dijana tenaga solar pertama di dunia bakal dibina Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Noraida Mohd Yusof berkata, hentian bas terbabit akan didirikan di hadapan Ibu Pejabatnya di Laman PKNS.

“PKNS kini beroperasi di Ibu Pejabat baharunya, Laman PKNS menerima pakai Indeks Bangunan Hijau (GBI).

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Noraida Mohd Yusof“Laman PKNS menjadi mercu tanda pertama di Shah Alam yang menggunakan konsep hijau dan mesra alam sekitar, sekaligus menyokong pembangunan mampan yang menggunakan tenaga secara efektif menerusi adaptasi penggunaan tenaga solar,” katanya dalam ucapan di Majlis Makan Malam PKNS Bersama Media di Laman PKNS.

Noraida berkata, projek terbabit turut meraih ‘Platinum Design Assessment of Green Building Index’ bagi kategori pejabat itu.

Katanya, ia menampilkan ciri-ciri seni bina unik dengan menekankan aspek pembinaan hijau dengan penggunaan kadar tenaga rendah dan mempraktikkan sistem tadahan air hujan.

“Dengan elemen unik menerusi konsep‘bumbung hijau’, Laman PKNS juga bakal tampil dengan sebuah hentian bas lengkap itu nanti.

“Reka bentuk Laman PKNS ialah konsep ‘bumbung hijau’ di mana bumbung bangunan ini ditanam dengan rumput khas yang mempunyai kadar penyeliaan yang rendah dan dibina khas untuk bumbung hijau serta fungsinya menghasilkan udara nyaman,” katanya.

Di samping itu, solar tube yang digunakan di bumbung hentian bas itu mampu menjana 10 peratus daripada keseluruhan sistem penyaman udara secara konvensional.

“Laman PKNS ini juga adalah model Smart Office yang sangat lengkap. Dengan ruang kerja kondusif dan kemudahan serba canggih disediakan,” katanya.

-nR-


Pengarang :