Selangorkini
SUKANKINI

PKNS FC hasrat bina stadium sendiri

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 17 JAN: PKNS FC dalam perancangan untuk membina stadium sendiri bagi memudahkan pemain pasukannya mengadakan sesi latihan dan perlawanan.

Presiden PKNS FC, Siti Zubaidah Abdul Jabar berkata, peningkatan prestasi PKNS FC mutakhir ini tidak mustahil impian memiliki stadium sendiri dapat direalisasikan.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Jersey dan Bas Baru PKNS FC, di Laman PKNS, Seksyen 14, Shah Alam, hari ini.

“Memang perancangan itu ada, cuma bukan dalam masa terdekat oleh kerana dalam keadaan ekonomi tidak stabil jadi kita lebih mengutamakan perberlanjaan berhemah supaya kita dapat pulangan ke atas pelaburan.

“Walaubagaimana pun pembinaan stadium ini tertakluk kepada kelulusan PKNS kerana kita perlu mendapat kelulusan tapak dan perbelanjaan terlebih dahulu,” katanya.

=EZY=


Pengarang :