Selangorkini
SELANGOR

PKNS: media adalah rakan kongsi

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 21 JAN: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) buat julung kali menganjurkan Majlis Makan Malam bersama media, malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noraida Mohd Yusof berkata, ia merupakan medium terbaik meraikan pengamal media yang setia membuat liputan untuk PKNS.

Katanya, media memainkan peranan penting menghebahkan produk, perkhidmatan dan aktiviti PKNS secara menyeluruh.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Noraida Mohd Yusof“Media ibarat rakan kongsi PKNS yang banyak membantu merealisasikan visi dan misi PKNS.

“Kami berharap rakan media terus memberi liputan tepat, adil dan seimbang.

“Faktor globalisasi dan kemajuan teknologi masa kini tidak seharusnya menghalang media membentuk masyarakat berilmu berdasarkan prinsip keadilan dan ketelusan,” katanya di majlis yang berlangsung di Laman PKNS, di sini.

Dihadiri lebih 100 pengamal media, majlis yang dihoskan Ally Iskandar itu dimeriahkan lagi persembahan artis seperti Elly Mazlein, Ronnie Hussin dan Aiman Tino.

HAFIZAN MENANGPKNS turut memberi penghargaan kepada wakil media menerusi lima anugerah iaitu; Anugerah Laporan Berita Korporat Terbaik, Anugerah Laporan Berita Komuniti Terbaik, Anugerah Laporan Berita Sukan Terbaik, Anugerah Laporan Berita Online Terbaik dan Anugerah Gambar Terbaik.

Wartawan Kanan Selangor Kini, Hafizan Taib menerima Anugerah Laporan Berita Online Terbaik di majlis berkenaan.

-nR-


Pengarang :