Polis patut halang pertunjukan bunga api tanpa permit | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Polis patut halang pertunjukan bunga api tanpa permit

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 2 JAN: Polis sepatutnya melarang Majlis Perbandaran Klang (MPK) daripada meneruskan acara sekiranya tidak mempunyai permit pertunjukan bunga api.

Yang DiPertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, hal itu kerana Fiesta Gegar Klang yang dianjurkan mendapat kerjasama dari polis sepanjang berlangsung.


Katanya, polis sepatutnya memaklumkan lebih awal berhubung permohonan permit itu.

“Kita tidak memohon permit kerana dalam jawatankuasa penganjuran Fiesta Gegar Klang ini, pihak polis terlibat sekali, sepatutnya perkara seperti ini (soal permit) perlu dimaklumkan awal oleh pihak mereka.

“Sepatutnya pihak polis memaklumkan lebih awal (berhubung permohonan permit).

“Malah ketika berlangsung pertunjukan sambutan Tahun Baru itu, mereka (polis) meletakkan anggota untuk berkawal. Mereka boleh melarang pihak penganjur meneruskan acara tersebut jika tidak ada permit,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden pertunjukan bunga api sempena Sambutan Tahun Baru 2017 di Kompleks Sukan Pandamaran yang tidak meletup di udara.

Terdahulu, MPK menubuhkan pasukan siasatan bagi menyiasat sepenuhnya kes letupan di Pertunjukkan Bunga Api di Kompleks Sukan Pendamaran itu.

Letupan diluar jangkaan dan mengakibatkan kecederaan kepada 14 pengunjung iaitu terdiri daripada 10 dewasa dan empat kanak-kanak

Pertunjukan bunga api itu merupakan sebahagian daripada program Fiesta Gegar Klang anjuran MPK yang berlangsung dari 30 Dis hingga 1 Januari.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad mendakwa MPK tidak memohon sebarang permit bagi pertunjukan itu sempena ambang tahun baru.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next