Projek LRA Labohan Dagang ikut jadual siap Disember 2018 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Projek LRA Labohan Dagang ikut jadual siap Disember 2018

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 10 JAN: Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Labohan Dagang dijadualkan siap sepenuhnya Disember 2018 ini berjalan baik mengikut jadual ditetapkan sebelum ini.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, pembinaannya diteruskan bagi membantu menambah keperluan kapasiti bekalan air mentah negeri.


“Projek tersebut berjalan seperti biasa seperti dijadualkan dan siap mengikut jadual bagi memenuhi kapasiti air negeri.

“Begitu juga dengan status projek LRA lain di bawah seliaan Kerajaan Negeri yang berjalan mengikut jadual demi manfaat dan kebajikan pengguna air Selangor,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, pembinaan LRA Labohan Dagang mampu menambah keperluan air mentah pada kapasiti 100 juta liter sehari.

LRA Labohan Dagang dibangunkan sebagai inisiatif mengurangkan kebergantungan Daerah Kuala Langat kepada bekalan air bersih dari Sungai Semenyih, Sungai Selangor dan Sungai Labu.

Keberkesanan projek itu juga mampu menyalurkan 200 JLH air bersih dan boleh bertahan selama 75 hari sekiranya berlaku kemarau panjang.

Pembinaan loji rawatan berkenaan dibuat dibangunkan di kawasan kolam bekas lombong yang dikenali sebagai MC 8 dan MC 9 sebagai sumber mentah baru untuk air Selangor.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next