Ribuan berarak bantah kenaikan harga minyak | Selangorkini


Ribuan berarak bantah kenaikan harga minyak

MEXICO CITY 8 JAN: Ribuan rakyat Mexico berarak ke jalan raya di Mexico City menunjukkan rasa marah ekoran kenaikan harga bahan api.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan Reuters ribuan penangkapan dibuat di negara ekonomi kedua terbesar di Amerika Latin itu.

Pemerintah Mexico menaikkan kos bahan api sehingga 14 ke 20 peratus awal bulan ini, sekali gus menyemarakkan rasa tidak puas hati rakyat yang sudahpun menanggung beban inflasi.


Perkara tersebut merupakan cabaran besar buat Presiden Enrique Pena Nieto.

Kenaikan itu adalah sebahagian daripada liberasi tahunan berkala yang dibawakan pentadbiran Pena Nieto tahun ini, namun penjelasan tentang kenaikan itu tidak dinyatakan secara terperinci.

“Katakan tidak pada kenaikan harga bahan api. Pena harus berundur,” laung penunjuk perasaan yang berarak dari pusat bandar Mexico City ke kediaman Presiden.

Pihak berkuasa Mexico pada Sabtu menangkap 1,500 orang sejak protes bermula, bermula sejak pengumuman kenaikan harga bahan api dibuat pada 1 Januari.

Persatuan peruncit tempatan, ANTAD, berkata pada Jumaat, sejumlah 423 kedai telah dipecah masuk.

Demonstrasi dan perarakan tersebut berlangsung pada Sabtu di negeri Sonora, Chiapas, Guerrero, Jalisco, Tabasco dan Puebla.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next