Selangorkini
GLOBAL

Ribuan beri penghormatan terakhir peringati jasa U Ko Ni

YANGON, Myanmar 31 JAN: Ribuan orang ramai memberikan penghormatan terakhir bagi memperingati jasa U Ko Ni, 65, penasihat undang-undang kepada pemimpin Myanmar, Daw Aung San Suu Kyi, yang dibunuh ketika berada di Lapangan Terbang Yangon.

U Ko Ni adalah seorang peguam terkemuka dan penaung Persatuan Peguam Muslim Myanmar yang baru dibentuk.

Beliau dikenali sebagai hero keamanan dan pejuang dalam membawa toleransi agama dan kerjasama dan pernah menulis sebanyak enam buah buku berkenaan hak asasi manusia.

U Ko Ni ketika kejadian baru tiba dari Indonesia selepas menjadi delegasi Myanmar untuk menghadiri mesyuarat kepimpinan kanan di Jakarta.

Kerajaan negara itu menyifatkan pembunuhan U Ko Ni sebagai cubaan untuk mengheret ke kancah konflik antara masyarakat di negara itu.

=EZY=


Pengarang :