Ringgit dibuka rendah 4.4740/4780 berbanding dolar AS | Selangorkini


Ringgit dibuka rendah 4.4740/4780 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 11 JAN: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan permintaan lebih rendah, kata peniaga.

Pada jam 9.02 pagi, ringgit disebut harga pada 4.4740/4780 berbanding 4.4730/4760 pada Selasa, lapor BERNAMA.

Peniaga berkata, kenaikan semula dolar berbanding mata wang utama lain sebelum pengumuman dalam sidang media bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mungkin menetapkan hala tuju pasaran untuk jangka pendek.


“Selain ringgit, negara lain turut menyaksikan mata wang mereka semakin lemah berbanding dolar AS termasuk euro dan yen,” katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan semalam berkata ia menjangkakan harga komoditi yang semakin pulih dan pemulihan ekonomi China serta langkah yang diambil oleh Bank Negara Malaysia boleh membantu memacu ringgit kepada RM4.10 berbanding dolar AS pada suku ketiga tahun ini.

Berita itu sedikit sebanyak mendorong keyakinan dalam kalangan peniaga dan mengehadkan nilai wang tempatan daripada terus merosot, kata peniaga itu.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakan lebih tinggi.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1100/1138 daripada 3.1151/1176 pada Selasa dan meningkat berbanding yen kepada 3.8542/8580 daripada 3.8554/8593.

Unit tempatan susut berbanding euro kepada 4.7210/7261 daripada 4.7396/7432, namun apabila dibandingkan dengan pound British pound, ia lemah kepada 5.4462/4529 daripada 5.4325/4370.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next