Selangorkini
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.4330/4370 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 24 JAN: Ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini susulan sentimen lemah terhadap dolar, kata pedagang.

Katanya, sentimen pelabur terhadap dolar AS berkurangan disebabkan dasar perlindungan yang dicadangkan Presiden Donald Trump.

Pada jam 9.07 pagi, ringgit didagangkan lebih kukuh berbanding dolar AS kepada 4.4330/4370 berbanding 4.4360/4400 semalam, lapor BERNAMA.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1260/1310 daripada 3.1224/1259 dan susut berbanding yen kepada 3.9244/9283 daripada 3.9039/9078.

Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.5506/5569 daripada 5.5219/5287 dan lebih lemah berbanding euro kepada 4.7659/7707 daripada 4.7572/7632.

=EZY=


Pengarang :