Selangorkini
EKONOMI

Ringgit diniaga rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 25 JAN: Ringgit didagangkan lebih rendah berbanding dolar AS pagi ini, berikutan permintaan beralih kepada dolar susulan lantunan dalam perolehan bon Perbendaharaan AS.

Pada jam 9.23 pagi, ringgit didagangkan pada 4.4370/4400 berbanding dolar AS, susut daripada 4.4330/4370 penutup semalam, lapor BERNAMA.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1231/1257 daripada 3.1240/1273 semalam dan naik berbanding yen kepada 3.9041/9071 daripada 3.9143/9182.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.7591/7641 daripada 4.7606/7653 tetapi jatuh berbanding pound British kepada 5.5587/5651 daripada 5.5302/5369.

=EZY=


Pengarang :