RM110,000 naik taraf SRAI Sungai Chinchin | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

RM110,000 naik taraf SRAI Sungai Chinchin

OLEH AFIX REDZUAN

GOMBAK, 24 JAN: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali meluluskan peruntukan RM110,000 bagi tiga projek pembangunan di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Sungai Chinchin.

Tiga projek itu melibatkan pembinaan susur gajah bernilai RM50,000, naik taraf makmal komputer RM40,000 dan baik pulih bangunan melibatkan kerja cat serta pendawaian elektrik berjumlah RM20,000.


Sementara tiga permohonan lain termasuk pembelian tanah, naik taraf surau dan tempat wuduk serta bangunan kantin dipertimbangkan dalam masa terdekat.

“Jadikan sekolah pusat ilmu dan pusat kecemerlangan untuk anak-anak kita.

“Bukan sahaja cemerlang dalam pembelajaran malah cemerlang dari segi akhlak serta mempertahankan prinsip perjuangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Kenduri Rakyat Bersama Dato’ Menteri Besar dan Penduduk Kampung Chinchin.

Mohamed Azmin sebelum itu bertemu rakyat dengan menyerahkan buah limau serta ang paw kepada pengunjung di Pasar Taman Seri Gombak.

Beliau kemudiannya meneruskan program turun padang ke Daerah Gombak dengan merasmikan Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Skim Peduli Sihat di Pejabat Daerah dan Tanah (PTD) Gombak.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next