RM128.41 juta laksana Program Pemberdayaan Komuniti sejak 2008 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

RM128.41 juta laksana Program Pemberdayaan Komuniti sejak 2008

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 29 JAN: Kerajaan Negeri sudah melaksanakan pelbagai program ‘Memberdayakan Komuniti’ dalam usaha membantu menyelesaikan masalah secara tuntas dihadapi semua pangsapuri di Selangor.

Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Norzaton Aini Kassim, berkata perancangan berterusan dilakukan bagi tujuan itu demi penambahbaikan bagi mewujudkan persekitaran lebih baik kepada penghuni pangsapuri.


Katanya, dianggarkan Kerajaan Negeri menyalurkan kira-kira RM128.41 juta melalui program pemberdayaan komuniti sejak 2008.

“Semua program dirangka itu memberi penekanan kepada tiga aspek iaitu pengurusan fizikal, pengurusan komuniti dan pengurusan kepimpinan.

“Sejumlah besar peruntukan digunakan bagi pelaksanaan pengurusan fizikal iaitu RM125.95 juta diikuti pengurusan pengurusan kepimpinan sebanyak RM1.38 juta dan pengurusan komuniti dengan RM1.08 juta,” katanya.

Beliau berkata, program di bawah pengurusan fizikal ialah Ceria (Caring Government For Residents Improvement Aid) membabitkan 263 pangsapuri, Safwa (Selangor Free Water Apartment) (234), Selangor B.E.S.T Van Mobile (Bring Excellence Into Society) (96), Permai Ceria (Permudah Penyelesaian Migrasi Meter Air Individu) (24) dan Laman Hijau (15).

Bagi pengurusan kepimpinan pula, katanya, antara programnya adalah Fokus (Format Kurikulum Pengurusan Bangunan Strata) meliputi 99 pangsapuri, K-Star (Penarafan Komuniti Bestari) (96), K-Klik (Kelab Interaktif Komuniti) (10) serta K-Squad (Pemberdayaan Komuniti) (satu).

“Di bawah pengurusan komuniti, kita juga menjayakan program Seroja iaitu Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri membabitkan 50 membabitkan 50 pangsapuri serta Kempen BCH “Pangsapuri Kita…Bersih, Ceria dan Harmoni” di 31 pangsapuri di Selangor.

“Manakala program selainnya ialah K-Stac (Sistem Tadbir Urus Akaun) dengan 25 pangsapuri, K-Inovasi (tujuh) dan Skora (Skim Pengenalan Pengurusan Kehidupan Strata) (lima),” katanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next