Selangorkini
NASIONAL

SAR cari bot bawa 28 pelancong libat 400 batu nautika

KOTA KINABALU 29 JAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mencari bot yang membawa 28 pelancong dilancarkan dengan kawasan liputan seluas 400 batu nautika di perairan Kota Kinabalu.

Bot itu dilaporkan hilang ketika dalam pelayaran ke Pulau Mengalum di perairan Kota Kinabalu sejak pagi semalam.

Bot berkenaan dilaporkan bertolak dari jeti Tanjung Aru di sini, pada jam 9 pagi semalam, namun tidak tiba semula ke jeti sama hingga malam tadi.

Bot pelancong jenis catamaran itu dilaporkan membawa 28 warga China ditemani dua kru dan seorang tekong bot.

Dilaporkan APMM mengerahkan beberapa aset menjalankan pencarian termasuk Kapal Maritim (KM) Berani dan dua bot kilat.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) turut menggerakkan aset masing-masing dalam operasi SAR ini.

=EZY=


Pengarang :