Selangor giat tingkat hasil pertanian, kekal pengeluaran tertinggi | Selangorkini


Selangor giat tingkat hasil pertanian, kekal pengeluaran tertinggi

OLEH HAFIZAN TAIB

SUNGAI BESAR, 12 JAN: Selangor menyasarkan penghasilan pertanian tertinggi seperti mana dicatat pada tahun lalu dan sebelumnya pada kadar kira-kira 6.5 metrik tan per hektar semusim.

Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, sememangnya negeri itu mencapai penghasilan tertinggi dan usaha akan terus digiatkan supaya ia tidak terjejas.


“Kerajaan Negeri akan menjalankan pelbagai usaha supaya penghasilannya mampu dikekal atau ditingkatkan pada masa depan.

zaidy-petani“Cuma apa yang kita risau apabila berlaku wabak seperti hawar daun bakteri (BLB) maka ia akan menjunam turun dan fenomena cuaca cukup panas ketika ini menyebabkan keadaan sesuai untuk BLB merebak ditambah pula dengan amalan pertanian kurang baik dalam kalangan petani.

“Maka kita mengharapkan Jabatan Pertanian Negeri khususnya turun padang memberikan taklimat supaya dapat diperbaiki amalan pertanian ini supaya dapat mengurangkan penyakit wabak BLB,” katanya kepada SelangorKini di sini, semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini penghasilan dicatat masih pada tahap membanggakan dan diharap ia berterusan demi manfaat petani.

“Dari segi unjuran kita masih lagi mengekalkannya pada tahap 6.5 metrik tan per hektar semusim secara purata tetapi kita lihat pada ketika ini kawasan tertentu berjaya mencapai sehingga 10 hingga 12 metrik tan,” katanya.

-nR-

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next