Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor kekal rekod cemerlang 2016

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 JAN: Selangor mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.7 peratus berbanding kadar pertumbuhan nasional iaitu lima peratus pada 2016 walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, Selangor juga berjaya kekalkan kedudukannya sebagai negeri penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 22.6 peratus.

Katanya, Selangor turut mendominasi tiga sektor ekonomi utama iaitu sektor pembinaan dengan sumbangan 31.8 peratus, sektor pembuatan (28.9%) dan sektor perkhidmatan (25.1%).

EKONOMI-604x270“Pencapaian ini adalah hasil pentadbiran bijak Kerajaan Negeri dan kesungguhan penjawat awam melaksanakan perancangan dengan efisyen.

“Namun, kita jangan alpa dan perlu pastikan agenda 2017 dapat dilaksanakan serta segala kelemahan dapat diatasi untuk kesejahteraan rakyat,” katanya di Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam.

Bertempat di Bangunan Kerajaan Negeri, majlis turut dihadiri Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Noordin Sulaiman.

Mohd Amin turut mengingatkan, semua perancangan dan pelaksanaan projek diluluskan perlu dilaksanakan bermula awal 2017.

“Langkah ini bagi mengelakkan kelewatan dalam proses perolehan dan pelaksanaan. Ia juga dapat memastikan pelaksanaan dapat dilakukan dengan baik untuk kepentingan rakyat,” katanya.

-NFN-


Pengarang :