Selangorkini
NASIONAL

SPRM buka kertas siasatan Tan Sri Annuar Musa

SHAH ALAM 31 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan terhadap Tan Sri Annuar Musa atas dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa.

SPRM dalam kenyataan media berkata, SPRM akan bekerjasama dengan bahagian audit dalaman MARA bagi menyiasat beberapa isu melibatkan isu rasuah dan salah guna kuasa Tan Sri Annuar Musa

“Ingin ditegaskan, siasatan SPRM hanya tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penglibatan beliau dalam penajaan pasukan bola sepak Kelantan,” katanya.

Selain itu, SPRM juga meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes tersebut dan memberikan ruang kepada SPRM untuk menyiasat.

=EZY=


Pengarang :