Tujuh pusat rekreasi DUN Damansara Utama dinaiktaraf | Selangorkini


Tujuh pusat rekreasi DUN Damansara Utama dinaiktaraf

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PETALING JAYA, 8 JAN: Tujuh kawasan rekreasi membabitkan taman permainan, tasik awam, kawasan riadah di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Damansara Utama bakal dinaiktaraf fasilitinya bagi tempoh 2017.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, gerak-kerja tersebut kini giat dirancang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerusi peruntukan pembangunan diumumkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada pembentangan Belanjawan 2017 lalu.


“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Dato’ Menteri Besar menerusi pengumuman belanja pembangunan disalurkan kepada PBT seluruh negeri sebelum ini.

“Daripada belanja pembangunan itu yang diumumkan itu, MBPJ konsisten untuk meningkatkan kemudahan awam di seluruh pentadbirannya termasuk tujuh di pusat rekreasi di Damansara Utama.

“Selain itu, penduduk di SS 2 Petaling Jaya akan menerima bumbung baru untuk pasar pagi di sana dan kemudahan di balai raya Kampung Chempaka juga akan dinaiktaraf demi kemudahan penduduk,” katanya.

Beliau bercakap kepada SelangorKini pada majlis penyerahan unit tong sampah di Balai Raya Kampung Chempaka, Petaling Jaya Utara 1/5, di sini pagi ini.

Terdahulu, RM1.8 bilion diperuntukkan Kerajaan Negeri untuk belanja pembangunan dengan sasaran lebih banyak projek pembangunan baru diwujudkan di kawasan pinggir bandar, desa dan pembangunan kampung baru seluruh negeri.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next