Selangorkini
SELANGOR

Ulang tahun ke-20: MPSJ warnai jambatan, lanskap perbandaran

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 27 JAN: Sempena sambutan ulang tahun Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang ke-20, Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik mengambil inisiatif melaksanakan pengindahan dan penambahbaikan di bawah jambatan.

Timbalan Pengarah Korporat, Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik, Azfarizal Abdul Rashid berkata, ia membabitkan Persiaran Tujuan melalui projek pengindahan lukisan mural, tanda nama kawasan dan landskap.

Katanya, lokasi jambatan merupakan laluan utama masuk ke Subang Jaya dan amat strategik bagi tujuan komersial dan penjenamaan perbandaran.

“Projek pengindahan mural tersebut melibatkan lukisan mural pada dinding bawah jambatan yang berkonsepkan moto MPSJ iaitu a place to live, learn, play and work.

DSC_5555“Selain bertujuan bagi pengindahan, inisiatif ini juga dilihat mendatangkan nilai komersial kepada MPSJ disamping platform bagi memperkenalkan kawasan MPSJ secara kreatif kepada pengujung luar dan pemandu yang menggunakan laluan utama ini masuk ke dalam kawasan Subang Jaya,” katanya dalam kenyataan.

Azfarizal berkata usaha terbabit turut mendapat sokongan dan kolaborasi organisasi lain termasuk The One Academy, Subang Jaya menyumbang kepada idea kreatif visual.

Manakala, pihak ICI Paints (M) Sdn Bhd turut menyumbang cat diperlukan dengan nilaian keseluruhan usahasama adalah RM 24,060.

“Pemasangan papan tanda ini akan dilaksanakan di kawasan lain secara berperingkat bagi memberi impak yang lebih berkesan bagi menonjolkan lagi imej MPSJ sebagai perbandaran vibrant,” katanya.

-nR-


Pengarang :