UNISEL sentiasa titik berat Lesson Beyond Classroom | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Nurul Farina Nazlan

UNISEL sentiasa titik berat Lesson Beyond Classroom

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 22 JAN: Pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FKSH) Universiti Selangor (UNISEL) sentiasa didedahkan kepada ilmu, kemahiran dan keperluan industri sepanjang pengajian.

Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, ia salah satu strategi UNISEL mempersiapkan pelajar sebelum melangkah ke alam industri sebagai jurutera.


“Secara umumnya, lawatan sambil belajar ke industri, tapak pembinaan, bangunan jimat tenaga dan stesen janakuasa elektrik sering kali diadakan.

UNISEL ENGINE“Ia dianjurkan bagi memenuhi kehendak program untuk memperlihatkan kesinambungan teori asas kejuruteraan kepada praktik sebenar di alam pekerjaan kelak,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pelajar turut didedahkan dengan ilmu, kemahiran dan teknologi kejuruteraan baru seperti perisian, teknik reka bentuk, sistem industri dan uji kaji produk.

“Pada 2016, kita melawat antaranya Suruhanjaya Tenaga atau Diamond Building di Putrajaya, Kumpulan Melaka Berhad (KMB) Solar Farm di Melaka, Stesen Janakuasa Elektrik Biopower Climate Care Biogas, tapak pembinaan sekolah di kawasan sekitar Pantai Dalam dan Canon Opto (M) Sdn Bhd.

“Adaptasi industri ini akan diteruskan supaya dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di UNISEL dalam usaha melahirkan graduan kejuruteraan cemerlang, terbilang juga professional,” katanya.

Aktiviti dan pendedahan kepada dunia sebenar kejuruteraan sememangnya dititik beratkan Engineering Accreditation Council (EAC) iaitu satu-satunya badan akreditasi yang diamanahkan Lembaga Jurutera Malaysia.

Ia diwujudkan bagi menilai program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ditawarkan di institut pengajian tinggi awam dan swasta seluruh Malaysia.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next