Wacana IWI bincang masa depan negara 15 Jan | Selangorkini


Wacana IWI bincang masa depan negara 15 Jan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 10 JAN: Program wacana khas Integration With Integrity (IWI) memfokuskan perbincangan secara terbuka kepada isu dan permasalahan berkait integriti dan korupsi di bawah pimpinan Kerajaan Persekutuan kini.

Panelis IWI, Profesor Dr Chan Chee Khoon berkata, wacana tersebut membuka dimensi masyarakat awam membincangkan kemelut kepimpinan dan integriti kepimpinan negara.


“Senario kepimpinan negara berada pada tahap maksimum berkait isu dan soal integriti pentadbiran negara menimbulkan persoalan besar terhadap kredibiliti pemimpin kita.

“Kapasiti inilah memerlukan penjelasan secara terbuka supaya masyarakat Malaysia memahami konteks integriti itu dengan jelas dan berkesan,” katanya kepada SelangorKini.

Wacana anjuran Alumni Maktab Tentera Diraja (Royal Military College-RMC) itu diadakan di Paum House, Medan Damansara, Kuala Lumpur, 15 Januari ini.

Forum tersebut turut menampilkan, Tan Sri Datuk Dr Kamal Mat Salih, Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram, Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai panelis jemputan.

Manakala, Profesor Gurdial Singh Nijar bertindak sebagai moderator wacana.

Sebarang pertanyaan berkenaan wacana itu boleh menghubungi Amir Nordin di talian 012-2057358 dan Raaj Naidu di talian 012-3078615.

Terdahulu, isu berkait intergriti di bawah urus tadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibicara banyak pihak susulan pendedahan media antarabangsa berhubung skandal kewangan membabitkannya.

Dilaporkan, Najib kini terpalit dengan skandal kewangan syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

=EZY=

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next