Anwar kekal calon pilihan Perdana Menteri | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Anwar kekal calon pilihan Perdana Menteri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 17 FEB : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai pemimpin politik paling diyakini mampu menerajui perubahan Reformasi di Putrajaya, berdasarkan kajian terbaru Institut Darul Ehsan (IDE).

Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, Anwar mendahului pimpinan lain termasuk bekas seterunya yang juga Perdana Menteri terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Katanya walaupun dipenjara, sokongan berterusan rakyat itu diraih susulan publisiti meluas media terhadap bekas Ketua Pembangkang itu.

“Sejak akhir-akhir ini berlaku perkembangan luar dugaan termasuklah pertemuan Anwar dan Mahathir yang dilaporkan meluas di media.

IDE“Nampaknya sentimen Anwar ini masih kuat di Selangor jika dibandingkan dengan calon-calon lain dan Anwar Ibrahim masih dipilih sebagai pemimpin yang mampu membawa Malaysia menjadi negara dihormati,” katanya.

Anwar menerima 36 peratus sokongan, diikuti Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Tun Mahathir masing-masing dengan 19 peratus sokongan.

Sementara Penasihat DAP, Lim Kit Siang (16 peratus), Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin (9 peratus) dan Mohamad Sabu (8 peratus).

Beliau berkata, secara perbandingannya masyarakat Melayu masih memilih Anwar disamping kredibiliti Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin selepas Tun Mahathir.

“Anwar mendapat sokongan tinggi bukan dalam kalangan masyarakat Melayu, tetapi juga Cina dan India.

“Saya percaya sokongan ini teralih kerana perkembangan politik dan laporan media yang ternyata memberi impak kepada masyarakat.

IDE 1“Dalam konteks media, laporan baik atau buruknya pemimpin politik itu sangat penting dan Anwar tentunya sebagai orang politik bijak menggunakan peluang itu,” katanya.

Terdahulu, sesi pembentangan hasil kajian terbaru IDE kepada pemberita dibuat di Ibu Pejabatnya di sini, tengah hari ini.

Keputusan dibuat hasil daripada kaji selidik membabitkan 2018 respondan di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor.

-nR-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next