Aduan sampah di Klang susut mendadak dengan sistem baru | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Aduan sampah di Klang susut mendadak dengan sistem baru

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 17 FEB: Jawatankuasa Pilihan mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) mencadangkan sistem pengurusan sampah Majlis Perbandaran Klang (MPK) dijadikan model untuk rujukan PBT lain.

Pengerusi JP-PBT, Dr Idris Ahmad, berkata hal ini berikutan aduan orang awam terhadap isu sampah di Klang berkurangan daripada 817 aduan pada Julai 2016 kepada hanya 47 aduan pada Disember tahun sama.


“Sejak enam bulan kebelakangan ini, setiap bulan juga menunjukkan penurunan sedangkan saluran aduan ditambah dengan banyak, mudah dan efektif untuk orang ramai sama ada menerusi whatsapp, aplikasi iClean dan lain-lain sekali gus membuktikan projek perintis ini berkesan.

????????????????????????????????????

“Tadi Yang Berhormat (YB) Meru juga maklumkan memang berkesan dan begitu juga YB Selat Klang juga beritahu perkara sama, terdapat banyak kemajuan di kawasan masing-masing. Selepas ini KDEB meluaskan program ini ke Ampang dan Selayang bermula pada 1 Mac,” katanya.

Idris berkata demikian kepada SelangorKini selepas mempengerusikan pendengaran tertutup berhubung status terkini pengambilalihan Pengurusan sisa pepejal oleh Kerajaan Negeri dan laporan kajian yang dilaksanakan oleh P.E. Research Sdn Bhd di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor, semalam.

Katanya, sistem pengurusan baru itu akan dicadangkan supaya dilaksanakan di seluruh negeri dalam jangka masa dua tahun sekiranya pelaksanaan di Ampang dan Selayang menunjukkan kesan yang positif.

“Mungkin dalam masa dua tahun akan dikembangkan ke seluruh Selangor supaya dapat satu sistem atau corak baru untuk mengurus sampah dengan lebih baik seperti negara maju seperti Jepun atau Singapura,” katanya lagi.

Apabila ditanya mengenai pendekatan sistem pengurusan yang baru itu, beliau memberitahu perkara itu akan dibentangkan dalam sidang Dewan Negeri Selangor sebaik JP-PBT menyiapkan laporannya.

-nR-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next