Agen perisik laksana ‘misi bunuh’ Kim Jong Nam masih bebas | Selangorkini


Agen perisik laksana ‘misi bunuh’ Kim Jong Nam masih bebas

SHAH ALAM 15 FEB: Abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, iaitu Kim Jong Nam dipercayai dibunuh menggunakan racun oleh ejen Korea Utara, yang kini masih bebas, kata Agensi Perisikan Korea Selatan.

REUTERS melaporkan sumber pentadbiran Amerika Syarikat (AS) juga memberitahu Reuters bahawa mereka percaya Kim Jong Nam telah dibunuh.

Laporan media antarabangsa antara lain menyebut bahawa ejen rahsia melaksanakan ‘misi pembunuhan’ itu menggunakan semburan kimia dan juga jarum beracun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Menurut polis Malaysia, Kim Jong Nam meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan dari KLIA ke hospital.

Laporan media menyebut suspek adalah dua wanita berkulit cerah, kedua-duanya berambut paras bahu berjalan ke arah Kim Jong-nam, menarik mukanya dan memercik cecair beracun yang menyebabkan kematiannya beberapa jam kemudian.

Salah seorang daripada wanita itu, memakai baju putih, berskirt denim dan membawa beg sandang biru, manakala rakannya pula mengenakan baju biru dan seluar jean.

Mereka berdua dikatakan memiliki raut wajah menyamai wanita Korea.
Sebaik melakukan tindakan berani itu, kedua-duanya dengan pantas keluar dari terminal KLIA2 dengan menaiki teksi.

Segalanya berlaku dengan pantas hinggakan ia tidak disedari kakitangan Malaysia Airport Holdings Berhad dan juga petugas lapangan terbang itu.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next