AMK tuntut Umno mohon maaf | Selangorkini


AMK tuntut Umno mohon maaf

OLEH DR AFIF BAHARDIN

Angkatan Muda KEADILAN menuntut Presiden UMNO, YAB Dato’ Sri Najib Razak dan Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin untuk meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat negeri Selangor dan YAB Dato’ Seri Menteri Besar atas tindakan biadap dan tidak berperikemanusiaan pimpinan UMNO, Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos dan Exco Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Armand Azha Abu Hanifah.

Jika mereka gagal untuk meminta maaf dalam tempoh 24 jam, ini membuktikan bahawa Dato’ Sri Najib dan YB Khairy membenarkan dan merestui tindakan biadap ahli mereka yang telah mencemar imej Islam dan Melayu.


Angkatan Muda KEADILAN mengecam sekeras – kerasnya tindakan Datuk Jamal Yunos dan Dato’ Armand Azha Abu Hanifah yang telah menganggu ketenteraman awam di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan semalam.

Tindakan membawa keranda dan menggunapakai van – van jenazah untuk tujuan itu membuktikan betapa UMNO terus – menerus mengamalkan politik biadap, tidak matang dan tidak langsung melambangkan ciri dan budaya Islam dan Melayu.

Sekali lagi UMNO telah membuktikan betapa mereka adalah sebuah parti yang terdesak dan berada di dalam krisis kepercayaan yang parah sehingga sanggup untuk terus menerus menggunakan tindakan biadap dan jahat untuk berdepan dengan pimpinan KEADILAN.

Ini adalah bukti bahawa UMNO dan Pemuda UMNO terdiri daripada mereka yang gasar (barbaric), biadap dan tidak langsung mencerminkan budaya sebagai seorang Melayu dan muslim yang baik.

Angkatan Muda KEADILAN juga kesal dengan tindakan UMNO serta Pemuda UMNO Malaysia yang tanpa sedikit rasa tawaddu’ telah membawa keranda dan van jenazah untuk dihantar kepada Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang sekarang ini sedang dirundung dengan musibah, di mana ibunya (baca : ibu kepada Menteri Besar) berada di dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pakar Damansara.

Tindakan biadap UMNO dan Pemuda UMNO Malaysia ini membuktikan betapa mereka ini adalah ‘binatang politik’ yang tidak punya hati perut dan tidak berperikemanusiaan dan sanggup melakukan apa saja untuk menyerang dan menghina musuh politik mereka.

Angkatan Muda KEADILAN turut mengutuk tindakan demonstrasi semalam yang secara terang telah menyebabkan gangguan ketenteraman awam. Kami juga dimaklumkan turut berlaku kesulitan ke atas beberapa urusan jenazah di beberapa kawasan di Selangor akibat ketiadaan kenderaan jenazah ketika itu. Ini membuktikan betapa UMNO telah menyusahkan rakyat dengan gimik politik mereka yang keterlaluan dan melampau.

Angkatan Muda KEADILAN juga mendesak pihak Polis Di Raja Malaysia untuk segera mengambil tindakan ke atas Datuk Jamal Yunos dan mereka yang terlibat dengan kejadian semalam berdasarkan kepada laporan polis yang telah dibuat oleh pimpinan AMK Selangor dan Biro Guaman AMK Selangor pada 13 Februari 2017.

Pihak PDRM juga harus memberi jaminan agar tindakan – tindakan biadap, keterlaluan dan menganggu ketenteraman awam seperti ini tidak lagi berulang.

* DR AFIF BAHARDIN adalah Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next