Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Bangunkan tanah terbiar jana pendapatan hasil tani

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 13 FEB: Jabatan Pertanian Negeri Selangor (JPNS) membuka peluang kepada pemilik tanah untuk memajukan tanah terbiar seluruh negeri supaya dapat dimajukan sebagai tanah pertanian negeri.

JPNS dalam kenyataannya berkata, pelaksanaan itu bertujuan membangunkan tanah terbiar bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran bahan makanan berasaskan pertanian, di Selangor.

“Tanah ini jika digunakan secara optimum dapat meningkatkan keupayaan sektor pertanian dalam menghasilkan bahan makanan mencukupi.

sawah-padi“Ia juga memberi manfaat kepada pemilik tanah, sekali gus mampu mejana peluang untuk menjana pendapatan melalui projek pertanian.

“Selain itu, pembangunan semula dapat mengurangkan tanah terbiar negara dan meningkatkan jumlah pengeluaran bahan makanan,” katanya.

Pada masa sama, orang awam yang berminat boleh menyertai Program Pembangunan Tanah Terbiar dengan membuat pendafataran secara dalam talian di www.doa.gov.my atau menghubungi JPNS di talian 03-55189888 atau mendaftar terus ke pejabat pertanian seluruh daerah.

Terdahulu, mekanisma pelaksanaan pembangunan tanah terbiar dibuat menerusi perbincangan bersama pemilik bagi memajukan tanah terbiar dengan projek tanaman makanan.

Jenis tanaman dicadangkan antaranya sayur-sayuran, buah-buahan dan komoditi tumbuhan yang mengeluarkan hasil dalam pasaran semasa.

Sementara itu, dilaporkan terdapat 110,000 hektar tanah terbiar di seluruh Semenanjung Malaysia.

-NFN-


Pengarang :