Cadangan Wilayah Persekutuan Pulau Pinang satu bentuk penjajahan | Selangorkini


Cadangan Wilayah Persekutuan Pulau Pinang satu bentuk penjajahan

OLEH Dr Afif Bahardin

Angkatan Muda Keadilan menolak sekeras-kerasnya cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan.

Cadangan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan adalah satu usaha terdesak UMNO dan Barisan Nasional untuk merampas hak rakyat negeri ini daripada menentukan masa depan kami sendiri. Usaha ini adalah satu bentuk penjajahan baru ke atas negeri Pulau Pinang.


Semenjak kerajaan Pakatan mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang, negeri ini telah berjaya menjadi antara negeri yang paling unggul dan berjaya dari segi pentadbiran dan pengurusan kewangan. Pulau Pinang adalah negeri terendah dari segi jumlah hutang dengan pihak Kerajaan Persekutuan.
Pembangunan ekonomi negeri ini juga terus berkembang pesat dan meraih keyakinan pelabur. Kebajikan rakyat dan keharmonian kaum di negeri ini juga adalah keutamaan pentadbiran kami daripada Pakatan Harapan.

Angkatan Muda Keadilan juga menyangkal dakwaan bahawa rakyat negeri Pulau Pinang dipinggirkan. Pelbagai program telah dilaksanakan untuk kebajikan rakyat di Pulau Pinang dengan RM400 juta di bawah program EMAS.

Selain daripada itu pelbagai bantuan lain untuk membantu golongan berpendapatan rendah telah disalurkan melalui program mikrokredit Projek Titian Saksama Rakyat dan Tabung Usahawan Tani Muda; projek khas ekonomi yang membina dan membaiki rumah untuk masyarakat desa serta pemberian bantuan peralatan untuk peningkatan sara hidup di kalangan mereka daripada keluarga miskin.

Agenda Ekonomi Saksama yang dilaksana kami juga telah berjaya mengeluarkan banyak keluarga daripada status miskin tegar. Ini adalah bukti komitmen dan iltizam kami untuk membela rakyat di negeri Pulau Pinang.

Kami percaya sebab kepada cadangan ini adalah bagi menutup kegagalan Barisan Nasional di Putrajaya untuk menguruskan ekonomi negara dan akibatnya menanggung bebanan hutang yang tinggi sekarang.

Maka dengan menjadikan Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan, maka semua hasil negeri (cukai, jualan tanah etc) akan menambahkan kutipan Kerajaan Persekutuan untuk membayar semula hutang-hutang yang telah diakibatkan oleh skandal 1MDB dan amalan rasuah serta ketirisan regim UMNO-Barisan Nasional.

Jika Datuk Seri Tengku Adnan percaya bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan, maka Angkatan Muda Keadilan mencadangkan agar isu-isu masalah jalan, bekalan elektrik dan air di beberapa negeri seperti Sabah dan Sarawak wajib diselesaikan segera.

Dana itu juga boleh digunakan untuk membina kelengkapan sekolah yang lebih baik untuk anak-anak di pendalaman serta dibelanjakan untuk meringakan beban mahasiswa di universiti-universiti.

* Dr Afif Bahardin adalah Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next