Disney on Ice kembali, tampil watak baru | Selangorkini


Disney on Ice kembali, tampil watak baru

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SUBANG, 16 FEB: ‘The Wonderful World of Disney on Ice’ kembali lagi pada musim cuti sekolah kali ini selepas terhenti lima tahun dengan penambahan watak baru lebih menarik di Stadium Malawati Shah Alam, pada 24 hingga 26 Mac ini.

Pengarah Urusan PR Worldwide, Para Rajagopal berkata, tahun ini merupakan tahun ke-17 pengurusan itu membawa acara berkenaan ke Malaysia untuk menghiburkan masyarakat khususnya kanak-kanak.


Katanya, persembahan kali ini lebih menarik dengan penyertaan 120 peluncur ais yang didatangkan dari 20 buah negara.

“Saya amat teruja dengan persembahan kali ini kerana kita dapat membawa salah satu daripada program terbesar Disney ke Shah Alam buat kali pertama untuk tahun ini.

“Kita menganggarkan 30,000 pengunjung akan hadir sepanjang tiga hari program ini berlangsung,” katanya dalam sidang media The Wonderful World of Disney on Ice di Sunway Pyramid Ice, di sini, pagi tadi.

PARAPara berkata, program itu turut mempersembahkan karakter dan watak baru antaranya Anna dan Elsa dari filem Frozen dan Finding Dory di samping mengekalkan 50 lagi watak lama seperti Mickey Mouse, Minnie Mouse, Toy Story, Lion King, Aladdin dan Snow White.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya turut melaksanakan aktiviti kebajikan dengan memberi tiket percuma kepada 32 anak yatim dari Rumah Aman, Shah Alam untuk menyaksikan persembahan itu.

“Walaupun kita berada dalam ekonomi tidak stabil tetapi saya mengharapkan sambutan kali ini tetap akan meriah kerana kita sudah membuat persiapan selama setahun,” katanya.

Program anjuran PR WorldWide dan Feld Entertainment sejak 2000 itu turut mendapat kerjasama Tourism Selangor, Dutch Lady Milky, SP Setia, Maybank, Acapella Hotel Shah Alam dan Sunway Pyramid Ice sebagai rakan kongsi rasmi.

-AA-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Afeeqa Afeera


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next