Selangorkini
SUKANKINI

Dua pemain Selangor disenarai aksi persahabatan bersama Vietnam

SHAH ALAM 1 FEB: Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 22 (B-22) kebangsaan, Frank Bernhardt menyenaraikan 18 pemain untuk aksi persahabatan menentang pasukan B-22 Vietnam di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh, pada 7 Februari ini.

Berdasarkan senarai pemain dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pengendali kelahiran Jerman itu mengekalkan sebahagian besar pemain yang beraksi ketika seri tanpa jaringan menentang pasukan B-22 Filipina di Manila, pada Disember lepas.

Turut disenaraikan dua pemain Selangor itu Adam Nor Azlin – Penyerang dan Muhammad Shahmi Safari – Pertahanan.

Pemain SelSementara itu, enam pemain – Muhammad Haziq Nadzli (JDT), K Kannan (Selangor), Tommy Mawat Anak Bada (Sarawak) Muhammad Shahrul Hakim Rahim (Kelantan) Mohamed Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang) dan N Thanabalan (Felcra FC) diletakkan dalam senarai bersedia jika mana-mana dari kalangan 18 pemain di atas mengalami kecederaan.

“Saya berpuas hati dengan persembahan pemain yang telah mempamerkan tahap kecergasan yang jauh lebih baik berbanding kem latihan pusat pada bulan Disember tahun lepas bagi perlawanan menentang Filipina B-22.

“Diharap pasukan kita akan bermain dengan corak permainan pantas serta mencipta dan menyudahkan banyak peluang seperti yang telah diterapkan dalam latihan pada aksi menentang Vietnam B-22 nanti,” katanya.

=EZY=


Pengarang :