DUN Batu Tiga tawar pemeriksaan Mamogram percuma | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

DUN Batu Tiga tawar pemeriksaan Mamogram percuma

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM,7 FEB : Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga menawarkan sesi pemeriksaan Mamogram percuma kepada kaum wanita di negeri ini.

Ahli Dewan Negerinya, Rodziah Ismail berkata, sesi tersebut terbuka kepada wanita berumur 35 tahun ke atas.


“Tarikh pemeriksaan untuk pendaftaran terkini iaitu pada 17 Februari di KPJ Selangor Seksyen 20 bermula jam 6.00 petang hingga 9 malam.

“Untuk pendaftaran orang awam perlu menyertakan nama penuh berserta dua salinan kad pengenalan, alamat dan nombor telefon di talian 0192676879,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Negeri meneruskan program tersebut sebagai inisiatif bagi menimbulkan kesedaran optimum terhadap bahaya penyakit kanser dalam kalangan wanita.

Program pemeriksaan Mamogram percuma didukung sepenuhnya Pusat Wanita Berdaya (PWB) di bawah bidang kuasa Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

Dalam Belanjawan Selangor 2017, Kerajaan Negeri meluluskan RM1 juta untuk pelaksanaannya dengan mensasarkan 5,000 wanita menerima manfaat, bagi tempoh sehingga hujung tahun ini.

Sehingga kini, 22,505 wanita sudah menerima insentif terbabit sejak 2008.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next