Selangorkini
SELANGOR

Empat kampung jayakan Karnival Semarak Kasih

OLEH AFIX REDZUAN

PULAU INDAH, 5 FEB: Karnival Semarak Kasih Jiran Sekampung Pulau Indah 2017 yang dianjurkan julung kalinya secara besar-besaran mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat selepas berlangsung selama dua hari, bermula 4 Februari ini.

Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, program itu dianjurkan bagi memperkukuh jalinan perpaduan empat kampung yang majoritinya Melayu di Pulau Indah supaya tradisi sedia ada dapat kekalkan.

“Kita ambil konsep Semarak Kasih Jiran Sekampung ini kerana mahu semua yang ada di sini walaupun berlainan kampung menjadi satu sebagai penduduk Pulau Indah.

“Kita mahu semua pihak menjaga satu-satunya kampung tradisi yang ada di kawasan Klang dan ia perlu dikekalkan.

“Kita tidak mahu ada pembangunan lain selain daripada perumahan di kawasan ini,” katanya.

MB Peduli SihatPerasmian Karnival Semarak Kasih Jiran Sekampung Pulau Indah 2017 itu disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Pulau Indah terdiri dari Kampung Sungai Pinang, Kampung Perigi Nenas, Kampung Teluk Nipah dan Kampung Sungai Tembung dengan kepadatan hampir 8,000 penduduk.

Selain memiliki empat masjid, kawasan itu turut menempatkan lebih 10 surau.

Azmizam berkata, karnival itu dijalankan di perkarangan tempat letak kereta Masjid Sultan Abdul Aziz kerana tidak mempunyai kawasan luas.

“Kita berbincang mencari tanah kerajaan kosong untuk dibangunkan sebagai kawasan komuniti bagi kemudahan penganjuran program berunsur kemasyarakatan.

Karnival itu turut menampilkan beberapa selebriti seperti Juara Masterchef, Datuk Fazley Yaakob dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus selain kehadiran beberapa agensi Kerajaan Negeri.

=EZY=


Pengarang :