Gabungkan tiga kad bayaran pengangkutan awam hanya satu | Selangorkini


Gabungkan tiga kad bayaran pengangkutan awam hanya satu

OLEH Rajiv Rishyakaran
Pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang dibebani dengan kesulitan kerana tidak dapat menggunakan hanya satu kad bayaran untuk semua perjalanan pengangkutan awam mereka.

Kerajaan Persekutuan, yang ironinya memiliki semua 3 kad pembayaran (TouchNGo, MyRapid, KomuterLink) secara tidak langsung, mesti segera bergerak ke arah kad tunggal untuk semua bayaran.

Kad yang paling popular ialah TouchNGo, yang selain dapat digunakan bagi perkhidmatan pengangkutan awam, juga boleh digunakan untuk pembayaran tol elektronik, tempat letak kenderaan dan beberapa kedai lain.


Walau bagaimanapun, apabila ia datang kepada KTM Komuter, ia seolah-olah bahawa KTM secara sengaja tidak menggalakkan pengguna menggunakan kad TouchNGo, dengan menghadkan pengguna TouchNGo kepada sedikit lorong, sering kali hanya satu lorong bayaran disetiap Stesen Komuter KTM. Sebaliknya, kad Komuter Link adalah digalakkan, dengan lebih lorong bayaran menerimanya.

Kad Komuter Link tidak menawarkan apa-apa faedah tambahan kepada pengguna, kecuali, barisan beratur yang lebih pendek di pintu keluar masuk.  KTM perlu menyediakan pembaca TouchNGo pada semua lorong bayaran (turnstiles) untuk kemudahan pengguna.

Pengguna yang menggunakan perkhidmatan KTM dan perkhidmatan pengangkutan awam lain seperti bas dan LRT kemungkinan besar akan memiliki 2 kad pembayaran untuk menjimat masa keluar masuk stesen KTM Komuter pada waktu puncak.

Untuk perkhidmatan yang dijalankan oleh Prasarana, seperti LRT, hanya pengguna kad MyRapid berhak mendapat diskaun.

Penumpang yang memilih untuk “MyRapid Smart 7 Mingguan” atau “MyRapid Smart 30 Bulanan” akan menikmati diskaun antara 18 dan 35 peratus berbanding dengan tambang bayaran wang tunai. Diskaun ini tidak dipanjangkan kepada pengguna TouchNGo. Walau bagaimanapun, kad

MyRapid tidak boleh digunakan pada KTM Komuter, dan yang lebih menghairankan, MRT – yang juga dikendalikan oleh Prasarana.

Sekali lagi sebarang komuter yang kerap mengambil LRT akan bertukar kad MyRapid untuk menikmati diskaun sehingga 35%, juga perlu membawa kad TouchNGo atau Komuter Link bagi perkhidmatan pengangkutan yang lain.

Penciptaan kad MyRapid dan Komuter Link memang tidak perlu, dan harus digabungkan atau diintergrasikan dengan TouchNGo untuk perjalanan yang lancar. Sebarang diskaun yang ada untuk kad MyRapid harus juga diberi kepada kad TouchnGo.

Kebanyakan bandar-bandar di dunia mempunyai hanya satu kad bayaran tambang, walaupun terdapat banyak syarikat pengusaha pengangkutan yang berbeza. Sudah sampai masa Putrajaya menggerak ke arah sistem pembayaran satu kad demi kemudahan semua penumpang.

* Rajiv Rishyakaran adalah Ahli Dewan Negeri Bukit Gasing

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next