HIJRAH agih RM781,000 kepada 62 usahawan Daerah Petaling | Selangorkini


HIJRAH agih RM781,000 kepada 62 usahawan Daerah Petaling

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUBANG, 17 FEB: Seramai 62 usahawan daerah Petaling menerima baucar HIJRAH Selangor bernilai RM781,000 yang disampaikan Penolong Pegawai Daerah, Nasir Mohamad bagi mengembangkan perniagaan masing-masing.

Pemilik perniagaan pakaian berjenama D’Safia, Ahmad Sayuti Mohd Yunos, 38 berkata, pinjaman yang diperolehi itu membolehkan beliau mengembangkan modal pusingan bagi persiapan menghadapi permintaan tinggi menjelang hari raya nanti.


“Ini adalah pinjaman pertama saya sebanyak RM30,000 untuk tambah modal pusingan disebabkan sekarang dah nak masuk bulan tiga dan permintaan semakin hari semakin meningkat sehingga menjelang musim raya nanti.

20170217_110244“Kebanyakkan permintaan sekarang adalah persediaan raya dan stok yang ada tidak dapat menampung banyak permintaan. Ini juga sebahagian persediaan membuka sebuah kilang sendiri di Subang Bestari,” katanya ketika ditemui SelangorKini di Majlis Penyampaian baucar HIJRAH Selangor di Pejabat Daerah dan Tanah Petaling di sini, hari ini.

Beliau berkata, langkah Kerajaan Negeri menyediakan Skim HIJRAH wajar dicontohi negeri lain bagi membantu peniaga kecil mengembangkan perniagaan masing-masing.

20170217_110440Pengusaha Syahmi Catering and Event Sdn Bhd dan Syahmi Travel and Tour, Aisyah Mohd Yunos, 4o berkata, peniaga ingin mengembangkan perniagaan tetapi memerlukan tambahan modal wajar mengambil peluang ditawarkan Kerajaan Negeri.

“Pinjaman sebanyak RM50,000 ini saya gunakan untuk membesarkan lagi operasi perniagaan.

“Saya syorkan kepada peniaga lain supaya mengambil peluang ini. Bukan untuk sesiapa tetapi untuk memperbaiki ekonomi kita sendiri juga,” kata Aisyah yang memiliki pejabat operasinya di Kota Damansara itu.

Pembekal burger di Damasara, Chong Yoon Fong yang memperolehi pinjaman sebanyak RM50,000 pula memberitahu pinjaman yang diperolehinya juga bertujuan menambah modal pusingan perniagaannya.

-nR-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Naeem Raffi


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next