IDE: Najib Razak, PM paling tak popular | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

IDE: Najib Razak, PM paling tak popular

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 17 FEB : Hasil kajian Institut Darul Ehsan (IDE) menjelaskan Datuk Seri Najib Razak bukan Perdana Menteri paling popular dalam kalangan rakyat Selangor.

Timbalan Pengerusinya, Profesor Dato’ Mohammad Redzuan Othman berkata, keputusan itu diambil kira menerusi sentimen semua kaum hasil Survei Persepsi Rakyat Selangor 2017.


“53 peratus mengatakan tidak bahawa kepimpinan Najib Razak meningkatkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional, dengan hanya 19 peratus mengatakan bersetuju sementara 28 peratus lagi tidak pasti.

“Hanya 14 peratus pengundi kali pertama PRU 14 melihat kepimpinan Najib Razak mampu meningkatkan sokongan kepada Barisan Nasional.

IDE 1“Kalau berdasarkan sentimen kaum ini, dapat disimpulkan bahawan Najib adalah Perdana Menteri paling tidak popular di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada pembentangan hasil kajian di Ibu Pejabat IDE di sini, tengah hari ini.

Dalam perkembangan itu beliau berkata, Perdana Menteri terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad masih lagi menerima sokongan besar masyarakat Cina berbanding Najib.

Beliau mendakwa, populariti Najib menurun sejak enam bulan lepas susulan pelbagai skandal dan laporan negatif media alternatif terhadap kepimpinan beliau.

“Ketika di zaman pemerintahan Tun Mahathir, sokongan masyarakat Cina terhadap Tun sangat tinggi berbanding Najib.

“Najib kini menerima jumlah sokongan sangat ketara. 57 peratus masyarakat Cina tidak menyokongnya dan 32 peratus lagi tidak pasti sementara 11 peratus masih menyokong beliau,” katanya.

Terdahulu, kajian dijalankan bermula 8 Febuari lalu membabitkan 2018 responden yang diplih secara rawak menggunakan inovasi apps IDE e Survei dan tablet.

Kajian lapangan dilakukan di seluruh Selangor meliputi 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negeri.

Kajian Landskap Politik Selangor merupakan kajian ke 24 dilakukan secara bersemuka dengan jumlah kumulatif seramai 33,359 orang responden.

-nR-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next