IDE: PRU 14, Rakyat Selangor kekal pilih Pakatan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

IDE: PRU 14, Rakyat Selangor kekal pilih Pakatan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 17 FEB : Kerajaan Pakatan kekal menjadi pilihan utama masyarakat Selangor untuk terus menerajui pentadbiran negeri itu bagi tempoh selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU 14) depan.

Pendedahan itu diumumkan Institut Darul Ehsan (IDE) dalam hasil kajian persepsi pengundi rakyat Selangor menjelang PRU 14 yang diadakan pada 8 hingga 13 Februari lalu.


Timbalan Pengerusi IDE, Prof Datuk Mohammad Redzuan Othman berkata, sekiranya pilihan raya diadakan untuk tempoh enam bulan dari sekarang, peralihan kuasa kepada Barisan Nasional tidak akan berlaku.

Prof Redzuan (2)“Untuk tempoh enam bulan jika diadakan PRU 14, Pakatan kekal mentadbir Selangor,” katanya ketika membentangkan hasil kajian tersebut kepada pemberita di bangunan IDE tengah hari ini.

Beliau berkata, hasil kajian tersebut mendapati rakyat Selangor masih memilih Kerajaan Negeri sedia ada dengan mengambil kira faktor kepimpinan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya, keyakinan tersebut juga didorong hasil komitmen pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menjalankan pentadbiran penuh bertanggungjawab.

“Rakyat Selangor memilih untuk kekal bersama Kerajaan Pakatan kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan Dato’ Menteri Besar dan pelaksanaan skim mesra rakyat yang dilaksanakan di Selangor.

“Perkara ini juga didorong hasil keyakinan rakyat terhadap pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri yang menjalankan tugas sebaiknya membabitkan isu-isu setempat di seluruh Selangor.

“Pengurusan terbaik PBT inilah yang menjadi cerminan kepada sumbangan besar sokongan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan sekarang ini,” katanya.

Azmin-RakyatHasil kajian mendedahkan, 50 peratus rakyat Selangor menyokong PBT di kawasan pentadbiran mereka menjalankan tugas penuh tanggungjawab di bandar dan pinggir bandar.

34 peratus kurang bersetuju sementara 8 peratus tidak bersetuju, 4 peratus sangat tidak bersetuju dan 4 peratus lagi sangat setuju dengan kecermelangan pengurusan PBT.

Selasa lepas, kajian IDE juga mendapati sokongan rakyat Selangor terhadap kepimpinan Dato’ Menteri Besar bertambah kepada 62 peratus sekali gus mengukuhkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan negeri.

-nR-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next